TM Tangguh Dulu Promosi Unifi Lite 10Mbps RM99

Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna Twitter, @aniq8676, telah memuat naik satu foto yang memperlihatkan promosi Unifi Lite 10Mbps dengan harga langganan promosi RM99.



Pada awalnya pihak TM telah mengesahkan tentang penawaran promosi tersebut yang mana ia akan berjalan sehingga 31 Disember 2017, dengan yuran langganan bulanan sebanyak RM99 bagi tempoh 24 bulan selepas pendaftaran.



Walaubagaimanapun, maklum balas terbaru dari TM menyatakan promosi Unifi Lite RM99 ini terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, wakil dari TM juga menyatakan kepada pihak Amanz yang promosi ini akan ditawarkan terhad kepada beberapa lokasi.

Harga langganan asal pakej ini adalah RM129 untuk pelanggan baru manakala untuk pelanggan sedia ada, anda akan dikenakan bayaran bulanan sebanyak RM149.



Menerusi pakai Unifi Lite, anda akan menerima sambungan muat turun 10Mbps dan muat naik 5Mbps. Turut disertakan adalah akses ke HyppTV tetapi tanpa penawaran panggilan percuma seperti pakej-pakej yang lain.

Sumber: @aniq8676, dan Amanz