Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone_Apple Insider

Perubahan Dalaman iPhone 16 Dijangka Akan Tangani Isu ‘Overheating’

Diterbitkan Julai 24, 2024 · Dikemas kini Julai 24, 2024 oleh Amalina Athman

Tidak lama selepas iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dikeluarkan pada September tahun lalu, beberapa pengguna mula melaporkan isu kepanasan melampau (overheating). Bagi menangani isu tersebut, Apple telah mengeluarkan kemas kini iOS 17.

Terbaharu, Apple dilapor melakukan perubahan dalaman pada model iPhone 16, yang dijangka yang akan menyelesaikan isu terlalu panas.

Menurut laporan The Information, sumbernya memberitahu bahawa model iPhone 16 akan dilengkapi dengan “lembaran graphite yang lebih besar” di dalam casis peranti, untuk menangani potensi terlalu panas.

Ia selari dengan khabar angin tahun lalu yang mendakwa model iPhone 16 akan menampilkan sistem pengurusan haba lebih baik.

Walau bagaimanapun, nantikan pelancaran siri iPhone 16 yang dijangka pada September, untuk mengesahkan segala spekulasi mengenainya.

Berkaitan

  • Rekaan Bonggol Kamera iPhone 16 Sekali Lagi Dikatakan Berubah
  • Ura-Ura Kuasa AI iPhone 16 Didakwa Lebih Berkuasa Berbanding M4
  • Sekali Lagi, Semua Model iPhone 16 Dilapor Akan Guna Cip A18

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Apple Insider

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY