Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_7

Sekali Lagi, Semua Model iPhone 16 Dilapor Akan Guna Cip A18

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah menjadi tradisi Apple untuk menawarkan cip baharu pada dua model Pro, manakala dua model standard akan menerima cip generasi sebelumnya.

Dalam perkembangan terkini, Apple sekali lagi dilapor akan menggunakan generasi cip siri-A yang sama untuk keempat-empat model iPhone 16.

Berkaitan

  • iPhone 16 Dan 16 Plus Sekali Lagi Dikatakan Akan 'Skip' A17 Pro
  • Kod Awal iOS 18 Dedahkan Semua Model iPhone 16 Akan Dilengkapi Cip A18
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Menurut perubahan kod yang ditemui oleh Nicolás Alvarez, ia mendedahkan lima model yang bermula dengan nombor pengecam (identifier) yang sama.

  • iPhone17,1
  • iPhone17,2
  • iPhone17,3
  • iPhone17,4
  • iPhone17,5

Ia berbeza dengan pengecam sebelumnya untuk model iPhone 15, yang mempunyai nombor berasingan berdasarkan cip yang digunakan.

  • ‌iPhone 15‌ – ‌iPhone 15‌,4 dengan A16 Bionic
  • ‌iPhone 15‌ Plus – ‌iPhone 15‌,5 dengan A16 Bionic
  • iPhone 15 Pro – ‌iPhone 16‌,1 dengan A17 Pro
  • ‌iPhone 15 Pro‌ Max – ‌iPhone 16‌,2 dengan A17 Pro

Berdasarkan penomboran yang sama, ia menunjukkan bahawa semua model, daripada iPhone 16 standard hingga Pro Max, dijangka akan dikuasakan oleh cip Apple generasi yang sama, iaitu A18.

Walau bagaimanapun, ia tidak semestinya bermakna prestasi semua cip itu adalah sama.

Apple mungkin membezakan antara model standard dan model Pro kepada dua nama cip, A18 dan A18 Pro. Cip lebih berkuasa mungkin akan menerima peningkatan seperti teras GPU tambahan serta ciri kamera dan permainan yang lebih baik.

Menariknya, kod yang bocor menyenaraikan lima nombor model baharu, dan hanya empat yang mungkin dikaitkan dengan barisan ‌iPhone 16‌. Sementara yang kelima berpotensi menjadi iPhone SE akan datang.

Namun begitu, ia kekal spekulasi pada ketika ini. Segalanya hanya akan terjawab apabila siri iPhone 16 diumumkan pada sekitar September nanti.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY