Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17.0.3

iOS 17.0.3 Kini Dilepaskan Untuk Baik Pulih Pepijat, Isu Kepanasan Melampau

Diterbitkan Oktober 5, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti dijangkakan, Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini iOS 17.0.3 untuk pengguna iPhone.

Berkaitan

  • Apple Sahkan Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro, Bingkai Titanium Bukan Punca
  • Apple Support Tidak Lagi Sediakan Bantuan Individu Melalui Platform X

Melalui iOS 17.0.3, ia menyediakan baik pulih pepijat serta menangani isu yang menyebabkan iPhone lebih panas daripada dijangkakan. 

Apple sebelum ini mengesahkan isu kepanasan melampau pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, dengan memaklumkan ia akan diperbaiki dalam kemas kini iOS 17. Menurut Apple, masalah itu berpunca daripada sebilangan aplikasi pihak ketiga dan aktiviti latar dalam beberapa hari pertama penggunaan.

Dalam pada itu, iOS 17.0.3 turut menyediakan kemas kini keselamatan bagi menangani kerentanan kernel yang boleh membenarkan penggodam meningkatkan keistimewaan mereka. Apple menyatakan kecacatan keselamatan ini mungkin telah dieksploitasi pada versi iOS sebelum iOS 16.6.

Untuk melakukan kemas kini iOS 17.0.3, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

  • Beli peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljz6eg
  • Beli peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljz6el

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY