Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_MacRumors

Ura-Ura Kuasa AI iPhone 16 Didakwa Lebih Berkuasa Berbanding M4

Diterbitkan Jun 26, 2024 · Dikemas kini Jun 26, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan ura-ura baharu tentang cip pemprosesan A18 yang akan digunakan pada siri iPhone 16, ia akan lebih berkuasa daripada pemproses M4 baharu yang telah dilancarkan di dalam iPad Pro 11-inci dan 13-inci.

Setakat ini, cip M4 pada model iPad Pro terbaru itu adalah cip Apple yang paling berkuasa dengan Enjin Neural terbina yang mampu mencapai 38 TOPS prestasi beban kerja AI.

Ini Perkara Penting Yang Diumum Dan Tak Diberitahu Di Acara ‘Let Loose’
iPad Pro M4 telah dilancarkan pada 7 Mei 2024 yang lalu.

Menurut “MappleGold” dalam ciapannya di X, ciri AI generatif pada iPhone 16 akan dikuasakan oleh Enjin Neural berasaskan A18 yang lebih berkuasa dari cip M4.

Cip A18 dan A18 Pro baharu itu dikhabarkan akan dibuat oleh TSMC pada nod proses 3nm “N3E”nya, yang dijangka akan memberikan iPhone terbaru itu prestasi mengagumkan.

https://x.com/MappleGold/status/1805511574364496137

Apple dijangka akan melancarkan pemproses A18 untuk iPhone 16 baharunya, yang akan dilancarkan dengan Kecerdasan Buatan Apple Intelligence yang dikuasakan ChatGPT.

Berkaitan

  • iPad Pro Baharu Kini Dengan Skrin OLED Dan Cip Apple M4
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY