Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myvi ev emo-I

Perodua Pamer Prototaip EV Pertama, Myvi Conversion

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh Amalina Athman

Perodua kini mempamerkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, dikenali sebagai Myvi Conversion – di Malaysia Auto Show 2024. Ia akan menjadi asas kepada pembuat kereta kompak itu dalam membangunkan teknologi elektriknya.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • smart #3 Sudah Boleh Ditempah, Beri Jarak Sehingga 455Km
  • JAECOO Pamer EV Dan Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) Di Malaysia Autoshow 2024

Menurut Perodua, prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia. Sementara pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.

Perodua Pamer Prototaip EV Pertama, Myvi Conversion

Mengulas lanjut, CEO Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan proses pembangunan bangku pengujian kuasa dibuat dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

myvi ev

Walaupun begitu, beliau berkata rupa sebenar EV mungkin berbeza daripada apa yang dipamerkan ketika ini.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh ke ruang pameran Perodua di Malaysia Auto Show 2024 untuk melihat sendiri Perodua Myvi Conversion. Program ini diadakan bermula 22 hingga 26 Mei 2024, bertempat di MAEPS Serdang.

Sumber: Perodua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY