Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JAECOO Photo 4

JAECOO Pamer EV Dan Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) Di Malaysia Autoshow 2024

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh ariff bukhari

Malaysia baru-baru ini telah mengatasi Thailand untuk menjadi pasaran kereta kedua terbesar di Asia Tenggara, selepas Indonesia.

Peralihan ini sekali gus memberi gambaran positif terhadap daya tarikan Malaysia dalam kalangan golongan pembuat kereta.

Ini sebabnya JAECOO, jenama SUV premium antarabangsa untuk kegunaan lasak, sedar akan potensi pasaran di Malaysia dan komited untuk membangunkan rangkaian perkhidmatan yang kukuh di Malaysia.

Baru-baru ini, jenama tersebut telah merasmikan usahasama dengan 30 wakil pengedar eksklusif sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjangnya.

JAECOO Photo 1

30 wakil pengedar tersebut akan mengendalikan 35 buah pusat yang bertanggungjawab dalam pengedaran dan perkhidmatan lepas jualan SUV premium jenama JAECOO di wilayah tengah, utara, selatan dan Malaysia timur.

“Rangkaian pengedar JAECOO Malaysia disokong oleh gudang alat ganti kereta khusus dan kilang pengeluaran yang terletak di Malaysia. “Pelaburan kami merangkumi ekosistem pengedar yang berkedudukan strategik dan kemudahan komprehensif, dilengkapi dengan pasukan penasihat perkhidmatan yang utuh dan juruteknik berkemahiran tinggi. Ini adalah asas kekuatan jenama JAECOO yang membuktikan ketersediaan kami untuk pelancaran di Malaysia,” jelas Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

JAECOO akan mempamerkan Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) JAECOO J7 dan Kenderaan Elektrik (EV) penuh JAECOO J6 di Pameran Malaysia Autoshow 2024.

JAECOO Photo 5

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • EV SUV Coupe smart #3 Akan Dipertontonkan Kepada Umum Di 'Malaysia Autoshow 2024'
  • Teka Nama EV Proton Baharu Dan Menang Hadiah Utama Wang Tunai RM5,000

Sumber: siaran media JAECOO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY