Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perodua MyDigital ID

Perodua Jalin MoU Dengan MyDigital ID, Tingkat Keselamatan Transaksi Tanpa Tunai

Diterbitkan Mac 21, 2025 oleh ariff bukhari

Perodua menandatangani MoU dengan MyDigital ID bagi meningkatkan keselamatan transaksi tanpa tunai menerusi pengesahan identiti digital pengguna.

Kerjasama ini merupakan yang pertama dalam industri automotif Malaysia dan bertujuan menawarkan perlindungan keselamatan siber kepada pengguna.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan ke arah masyarakat tanpa tunai.

Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID, Mohd Azuddin Parman pula menyatakan kerjasama ini memperkukuh pengalaman digital pelanggan dalam industri automotif, sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi digital negara.

Perodua sebelum ini telah pun menjalin kerjasama strategik dengan beberapa syarikat, antaranya PETRONAS, Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd bagi menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan Perodua dalam keadaan selamat.

Berkaitan

  • Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu
  • Perodua Dan UTM Jalin MoU Bangunkan EV Generasi Baru
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY