Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perodua Dan UTM Jalin MoU Bangunkan EV Generasi Baru

Perodua Dan UTM Jalin MoU Bangunkan EV Generasi Baru

Diterbitkan Januari 21, 2025 oleh ariff bukhari

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan kenderaan elektrik (XEV) generasi baharu.

MoU ini mengetengahkan enam elemen utama iaitu untuk kedua-dua Perodua dan UTM bersama-sama meningkatkan kurikulum akademik bagi sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dan kursus lain yang berkaitan.

Kerjasama ini merangkumi program pendidikan dan latihan untuk jurutera muda serta pembangunan teknologi EV di Malaysia pada masa depan.

Selain itu, sebuah makmal satelit akan dibina di kampus utama UTM di Skudai, Johor, untuk penyelidikan dan pembangunan.

Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, dan latihan untuk memperkasa pelajar serta pekerja masing-masing.

Justeru, perkongsian itu akan memperkasa pelajar dan penyelidik UTM, menjadi model kerjasama antara ahli akademik dan industri serta memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam sektor automotif global.

“Melalui perjanjian ini, Perodua telah melangkah lebih jauh daripada tugas asalnya – daripada menjadi pemangkin pemindahan teknologi kepada sebuah entiti yang memacu pembangunan teknologi,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Berkaitan

  • Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • TM Dan Perodua Berkolaborasi Memajukan Pembangunan EV

Sumber: Perodua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY