Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
perodua EV

Perodua Dedah EMO-II, Generasi Terbaru Myvi Berkuasa Elektrik?

Diterbitkan Disember 1, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum membuat kemunculannya di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), Perodua nampaknya tidak sabar lagi dengan mendedahkan imej bayangan model terbaru kenderaan mereka yang dikenali sebagai Perodua EMO-II.

Tanpa mendedahkan info lanjut, Perodua dalam hantaran di platform media sosial rasminya menyatakan, “Masa depan Perodua akan mengambil giliran baharu yang berani. Nantikan inovasi kami yang seterusnya.”

Status itu seakan menyatakan bahawa ia adalah kenderaan elektrik (EV) yang bakal menjadi kenyataan.

Sebelum ini di acara Malaysia Autoshow 2024 lalu, Perodua telah pun memperlihatkan Perodua MyVi Electric Car Prototype yang dibangunkan hasil buah tangan anak tempatan dari pasukan Penyelidik Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta  berganding bersama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan  Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Kerajaan sebelum ini juga telah mengumumkan bahawa akan membantu Perodua dalam pembangunan EV yang akan dijual pada harga kurang dari RM100,000.

KLIMS 2024 akan berlangsung di MITEC, KL  dari 5 Disember hingga 11 Disember 2024 dengan harga tiket berharga RM20.

KLIMS 2024

Berkaitan

  • Projek Prototaip Perodua MyVi EV Ini Adalah Hasil Buah Tangan Pasukan Penyelidik UPM
  • Perodua EV Harga Mampu Milik Bakal Tiba Menjelang Akhir 2025
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY