Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Perodua MOU_1

TM Dan Perodua Berkolaborasi Memajukan Pembangunan EV

Diterbitkan Disember 24, 2024 oleh ariff bukhari

TM telah mengumumkan perkongsian strategik dengan Perodua untuk memajukan pembangunan kenderaan elektrik (EV), inovasi digital dan pertumbuhan mampan, sejajar dengan visi Malaysia untuk mewujudkan sektor automotif yang bernilai tinggi dan berdaya saing di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

TM melalui TM One, cabang penyelesaian perusahaan dan sektor kerajaannya, menyasarkan untuk menaik taraf infrastruktur Perodua, menyediakan sambungan tetap dan tanpa wayar termasuk penyelesaian SD-WAN untuk rangkaian peniaga, 5G persendirian untuk aplikasi automotif, dan teknologi pembuatan pintar untuk meningkatkan pengeluaran.

Ini akan meningkatkan keupayaan operasi Perodua, memperkemas pengurusan data, dan menyokong pengembangan masa depannya.

TM One juga akan memanfaatkan keupayaan Awan, Keselamatan Siber, Analitis Data dan AI untuk menyediakan inisiatif bagi pembuatan pintar, GPU sebagai Perkhidmatan, EV dan teknologi pemanduan autonomi.

TM dan Perodua turut bekerjasama untuk memperluaskan pasaran dan meningkatkan jenama melalui produk bersama serta strategi pemasaran inovatif. Ini merangkumi sistem info hiburan tersuai, penyelesaian pemetaan pintar, dan pemasaran digital untuk menarik segmen pelanggan baharu.

Kerjasama ini juga menumpukan pada kelestarian alam sekitar, termasuk penyelesaian tenaga bersih untuk infrastruktur pengecasan EV dan pengurangan sisa.

“Kerjasama ini merangkumi beberapa aspek yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami serta memberi kesan limpahan kepada industri digital dan automotif negara. Terdapat peluang yang luas untuk Perodua dan TM untuk merevolusikan cara kami melakukan sesuatu dan menetapkan tanda aras pada kualiti, kecekapan dan penyampaian produk dan perkhidmatan kami.” Dato’ Sri Zainal Abidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • TM, Petronas Dan Gentari Jalin MoU Untuk Pacu Transformasi Digital Dan Inovasi Mampan Untuk Industri Dan Negara
  • Honda Dan Nissan Sahkan Rancangan Penggabungan, Akui Saingan Sengit Dari China

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY