Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
perodua EV 2

Perodua Acah Imej EV Pertama Mereka Sebelum Pelancaran

Diterbitkan November 27, 2025 oleh ariff bukhari

Sepertimana semua sedia maklum, Perodua dijangka bakal melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka tidak lama lagi yang dijangka akan dilancarkan pada lewat bulan ini juga.

Bagi menghangatkan lagi kemeriahan pelancarannya yang bakal tiba, Perodua telah berkongsikan imej acah EV pertama mereka itu menerusi video pendek berdurasi 10 saat.

Walaupun sebelum ini Perodua telah pun mendedahkan rupa fizikal EV tersebut di pameran automotif, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) lepas, tapi ia bukanlah rupa akhir yang sebenar EV tersebut.

EV Perodua

Perodua menegaskan bahawa, kehadiran EV ini sebagai era baharu mobiliti  negara.

“Apa yang akan tiba tidak lama lagi dibentuk oleh bakat kami, idea-idea kami, dan kepercayaan kami terhadap apa yang boleh dicapai oleh negara ini. Era baru dalam mobiliti hampir tiba, dan ia adalah milik kami dengan penuh bangga.”

EV pertama Perodua ini dijangkan akan ditawarkan pada harga di bawah RM80,000.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Perodua Akan Lancar EV Pertama Hujung Bulan Ini - PM Anwar
  • SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY