Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permohonan UPUOnline Akan Dibuka Bermula 10 Februari Ini

Permohonan UPUOnline Akan Dibuka Bermula 10 Februari Ini

Diterbitkan Februari 7, 2025 · Dikemas kini Februari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini memaklumkan permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Feb hingga 14 Mac 2025 bagi fasa pertama.

Fasa keduanya pula akan bermula dari 14 April hingga 18 Mei 2025 yang hanya melibatkan program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian.

Permohonan itu dibuka kepada pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf untuk kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

KPT 1

KPT memaklumkan, pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN mulai 9 Februari 2025 sebelum mengemukakan permohonan.

BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran.

Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

KPT 2

Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • RHB Perkenal RHB PayLater, Ini Cara Mohon
  • Ini Rupa Awal 'AI Mode' Di Carian Google, Bakal Ubah Cara Kita Cari Maklumat

Sumber: KPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY