Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google search_

Ini Rupa Awal ‘AI Mode’ Di Carian Google, Bakal Ubah Cara Kita Cari Maklumat

Diterbitkan Februari 7, 2025 · Dikemas kini Februari 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Google sedang menguji “AI Mode” baharu dalam Google Search, yang membolehkan pengguna mengajukan soalan terbuka dan mendapatkan jawapan AI yang lebih terperinci, mirip kepada AI Overviews.

Dikuasakan oleh Gemini 2.0, ciri ini direka untuk membantu pencarian yang lebih meluas, seperti membandingkan produk, mendapatkan nasihat, atau merancang sesuatu dengan lebih spesifik. Contohnya:

  • “Berapa banyak kotak spageti diperlukan untuk 6 dewasa & 10 kanak-kanak?”
  • “Bandingkan jaket bulu, sintetik & bulu angsa dari segi ketahanan dan kalis air.”

Berbeza dengan hasil carian biasa, AI Mode menampilkan jawapan dalam paparan skrin penuh, membolehkan interaksi seperti chatbot, serta pilihan untuk mengajukan soalan susulan. Butang “AI Mode” akan muncul bersama tab Images, News, Shopping, dan lain-lain.

Ini Rupa Awal ‘AI Mode’ Di Carian Google, Bakal Ubah Cara Kita Cari Maklumat

Ciri ini kini diuji oleh pekerja Google di AS dan dijangka dilancarkan tahun ini. CEO Google, Sundar Pichai, menyatakan bahawa 2025 bakal menjadi tahun inovasi terbesar untuk Google Search.

{suggest}

Sumber: 9to5google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY