Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Wajibkan Permit Eksport Untuk Cip AI Berprestasi Tinggi Dari AS

Malaysia Wajibkan Permit Eksport Untuk Cip AI Berprestasi Tinggi Dari AS

Diterbitkan Julai 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Kerajaan Malaysia kini mewajibkan permit perdagangan strategik bagi semua eksport, pemindahan dan transit cip AI berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat, berkuat kuasa serta-merta.

Peraturan ini dilaksanakan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010) menerusi peruntukan Catch-All Control yang memerlukan syarikat memaklumkan pihak berkuasa sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal jika ada risiko penyalahgunaan.

Langkah ini bersifat sementara bagi menutup jurang kawal selia, sementara kerajaan mengkaji sama ada cip AI AS ini perlu dimasukkan secara rasmi ke dalam Strategic Items List (SIL). MITI menegaskan bahawa sebarang cubaan menyalahgunakan atau mengelak kawalan eksport akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

Malaysia komited memastikan semua entiti perniagaan mematuhi obligasi antarabangsa yang relevan bagi mengelak sekatan sekunder terhadap operasi mereka. Ini termasuklah pelabur dan syarikat teknologi yang berurusan dengan komponen berisiko tinggi seperti cip AI.

MITI juga menegaskan pendirian Malaysia dalam mengekalkan persekitaran perdagangan yang selamat, telus dan berpaksikan undang-undang, demi melindungi kepentingan negara dan rakan dagang.

Langkah ini dilihat sebagai usaha penting Malaysia menyesuaikan diri dalam landskap geopolitik teknologi global yang semakin kompleks.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • OpenAI Akan Lancar Pelayar Web AI Dalam Masa Terdekat
  • AI Jadi Hos TV, Penyampai TV Di China Kini Berdepan Cabaran Getir

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY