Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Air M3_5

Permintaan Tablet Lemah, Tapi iPad Masih Kuasai Pasaran Global

Diterbitkan Mei 7, 2026 · Dikemas kini Mei 7, 2026 oleh ariff bukhari

Laporan analisis pasaran tablet global oleh Omdia pada suku pertama 2026 menunjukkan pertumbuhan sebanyak 0.1% sahaja dengan jumlah penghantaran sekitar 37 juta unit.

Angka kecil ini banyak didorong oleh peningkatan inventori berbanding permintaan pengguna sebenar, menandakan prospek permintaan yang lemah.

Dipacu oleh kejayaan iPad Air, Apple kekal sebagai peneraju pasaran dengan penghantaran sebanyak 14.8 juta unit, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak +7.9%,

Samsung pula berada di tempat kedua tetapi merosot 12.6% kepada 5.8 juta unit akibat tekanan harga.

Huawei melonjak dengan pertumbuhan tertinggi iaitu 28% selepas berjaya menghantar 3.2 juta unit, manakala Lenovo turut mencatatkan peningkatan tinggi iaitu sebanyak 20% dengan 3.0 juta unit, di mana sebahagian besarnya datang daripada sektor pendidikan.

Permintaan Tablet Lemah, Tapi iPad Masih Kuasai Pasaran Global

Sebaliknya, Xiaomi paling terkesan apabila menunjukkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 13.6% pada suku tersebut.

Laporan Omdia juga turut menyentuh pasaran Chromebook yang didapati menyusut sebanyak 11.5% kepada 4.5 juta unit.

Permintaan Tablet Lemah, Tapi iPad Masih Kuasai Pasaran Global

Menjelang separuh kedua 2026, Omdia meramalkan pasaran akan kekal berhati-hati dengan  vendor kini dilihat lebih memberi tumpuan kepada segmen tablet premium, kerana pasaran massa berdepan tekanan harga dan kekurangan elemen baharu dalam kategori ini.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pengguna iPhone Dan iPad Di UK Kini Perlu Mengesahkan Umur
  • LG Perkenal Tandem OLED Generasi Ke-3, Mampu Bertahan Sehingga 15,000 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY