Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Perkenal Tandem OLED Generasi Ke-3, Mampu Bertahan Sehingga 15,000 Jam

LG Perkenal Tandem OLED Generasi Ke-3, Mampu Bertahan Sehingga 15,000 Jam

Diterbitkan Mei 6, 2026 oleh ariff bukhari

LG Display mempersembahkan masa depan teknologi paparan di SID Display Week 2026, Los Angeles dengan tema “OLED Evolution for the AI Era”.

Panel baharu ini direka khusus untuk memenuhi keperluan automotif moden, menawarkan gabungan kecekapan tenaga, jangka hayat panjang, dan kualiti visual terbaik.

Menerusi teknologi Tandem OLED automotif berprestasi tinggi yang direka untuk menahan persekitaran automotif, LG memperkenalkan Tandem OLED generasi ketiganya yang menawarkan penjimatan tenaga sehingga 18% dan jangka hayat lebih dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya.

LG Perkenal Tandem OLED Generasi Ke-3, Mampu Bertahan Sehingga 15,000 Jam
Panel automotif ini diperkaya dengan elemen OLED baharu untuk meningkatkan ketulenan warna dan ketahanan di mana ia mampu mencapai kecerahan 1,200 nits dan bertahan sehingga 15,000 jam tanpa degradasi.

Kelebihan lain termasuk kecerahan maksimum 1,200 nits, menjadikan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Warna juga lebih hidup hasil penggunaan elemen OLED baharu dengan dopan biru mendalam, yang meningkatkan ketulenan dan mengurangkan degradasi.

LG Display merancang pengeluaran besar-besaran tahun ini untuk aplikasi automotif, sebelum diperluas ke pasaran IT dan mobiliti pintar.

Berkaitan

  • LG Perkenal Monitor 'Gaming' Dengan Teknologi '5K AI Upscaling' Pertama Di Dunia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kucing Oyen Gemuk Ini Akan Muncul Jika Anda Terlalu Lama Hadap Skrin PC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY