Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone Air, AFP

Permintaan iPhone Air Kurang, Jenama China Dilapor Batal Projek Telefon Ultra Nipis

Diterbitkan November 28, 2025 · Dikemas kini November 28, 2025 oleh Amalina Athman

Sejak dilancarkan pada September lalu, jualan iPhone Air dilaporkan kurang memberangsangkan dan pengeluarannya turut dikurangkan. Perkembangan itu dikatakan turut memberi kesan kepada pesaing.

Beberapa pengeluar telefon pintar utama China dilaporkan telah membatalkan atau menyelaraskan semula rancangan untuk menghasilkan telefon ultra nipis versi mereka sendiri, yang sepatutnya dapat bersaing dengan iPhone Air.

Menurut sumber industri yang dipetik DigiTimes, prestasi jualan model tersebut tidak cukup kuat untuk meyakinkan jenama lain melakukan percubaan yang sama, menyebabkan projek telefon ultra nipis oleh beberapa pengeluar dihentikan buat masa ini.

Xiaomi, yang terkenal dengan menghasilkan produk mirip Apple, sebelum ini dilaporkan merancang model yang sangat menyerupai iPhone Air, tetapi kini difahamkan telah membatalkan projek tersebut.

Antara jenama lain yang dilaporkan mengambil langkah serupa termasuk OPPO dan vivo.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • iPhone Air Kurang Dapat Sambutan, Apple Dilapor Kurangkan Pengeluaran
  • Jualan iPhone Air Lemah, Apple Mungkin Tangguh Pelancaran iPhone Air 2
  • Bloomberg: Pelancaran iPhone 18 Akan Dibahagikan Dua Fasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY