Revolusi kecerdasan buatan (AI) berkembang lebih pantas berbanding mana-mana transformasi industri sebelum ini.
Namun, di sebalik pertumbuhan pesat AI, dijangka permintaan air dunia juga akan turut meningkat sehingga 129% menjelang 2050.
Walaupun pusat data semakin cekap, jumlah keseluruhan tetap dijangka meningkat tiga kali ganda.
Kajian terbaru oleh Global Water Intteligence (GWi) mendapati, penggunaan tambahan sebanyak 30 trilion liter setahun untuk Industri AI sahaja yang meliputi pusat data, penjanaan tenaga dan kilang semikonduktor, di mana sektor ini bergantung kuat kepada air untuk operasi hariannya.
Pada tahun 2025, ekonomi baharu ini merupakan pengguna air utama dan semakin berkembang di mana sektor ini telah menggunakan hampir 23.7 km³ air, bersamaan 3.7% daripada penggunaan industri global serta peningkatan sebanyak 38% berbanding tahun 2020 dahulu.

Sistem air global kini memproses lebih 320 trilion liter air sisa setiap tahun, namun hampir 100 trilion liter hilang akibat kebocoran infrastruktur lama.
Sehubungan itu, laporan itu menegaskan bahawa pelaburan dalam teknologi kitar semula air, pembaikan paip pintar, serta sistem digital untuk pemantauan masa nyata, akan dapat menampungĀ permintaan tambahan akibat AI ini.

Namu begitu, cabaran tetap ada seperti lokasi pusat data, di mana hampir 40% daripadanya berada di kawasan berisiko tinggi kekurangan air, termasuk Amerika Syarikat, Asia Timur dan Asia Selatan.
Justeru, penyelesaian perlu bersifat setempat, berasaskan lembangan sungai, dan melibatkan kerjasama antara industri, kerajaan serta komuniti perlu dilaksanakan.
GWi memberi contoh dari kejayaan di Mexico, apabila kerjasama antara utiliti tempatan, Amazon dan Xylem berjaya menjimatkan sebanyak 1.3 bilion liter air setahun melalui naik taraf paip pintar serta Intel di Arizona yang berjaya memulihkan 96% air melalui fasiliti rawatan brine.
Jika strategi ini diperluas, ekonomi baharu mampu mencapai net zero pertumbuhan air menjelang 2050.
Dengan kerjasama antara industri dan komuniti, air boleh menjadi pemangkin kepada inovasi lestari, bukan sekadar kekangan.
{suggest}
