Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIVILIZATION VI

Permainan PC Edisi Platinum Berharga RM238 Ini Sedang Percuma Untuk Masa Terhad

Diterbitkan Julai 18, 2025 · Dikemas kini Julai 18, 2025 oleh ariff bukhari

Berita baik untuk peminat permainan PC kerana anda kini boleh memuat turun permainan Civilization VI: Platinum Edition berharga RM238 secara percuma untuk masa terhad.

Edisi Platinum ini bukan sekadar permainan asas, ia juga merangkumi dua perluasan besar dalam Civilization VI: Rise and Fall dan Gathering Storm serta pakej senario dan tamadun tambahan termasuklah Vikings, Poland, Australia, Persia & Macedon, Nubia, serta Khmer & Indonesia.

Dengan kandungan tambahan yang ditawarkan dalam edisi ini, ia menjanjikan ratusan jam permainan untuk peminat permainan strategi.

Platinum Edition System Requirements

Civilization VI ialah permainan strategi terkenal di mana pemain membina empayar, mengurus tamadun, dan bersaing untuk menang melalui pelbagai cara, dari dominasi ketenteraan hingga pencapaian budaya dan sains.

Permainan ini telah berjaya memenangi sejumlah 15 anugerah E3 2016 dahulu termasuklah  “Best Strategy Game” dan “Best PC Game.”

Lawati Epic Games Store sekarang dan anda boleh mendapatkan Civilization VI: Platinum Edition secara percuma dari hari ini sehingga 24 Julai jam 11.00 p.m (waktu Malaysia).

Jika anda melanggan Netflix, anda juga boleh memainkan permainan ini di telefon pintar anda.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Nothing Phone (3) Dikritik, Ini Respon Carl Pei
  • Rasmi, Siri Aksi Sebenar Assassin's Creed Akan Ditayangkan Di Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY