Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Pembangun ‘Game’ Malaysia Finalis gamescom asia x Thailand Game Show

2 Pembangun ‘Game’ Malaysia Finalis gamescom asia x Thailand Game Show

Diterbitkan Oktober 2, 2025 · Dikemas kini Oktober 2, 2025 oleh ariff bukhari

Pertandingan Pitch gamescom asia x Thailand Game Show 2025 membuka peluang kepada pembangun permainan ‘indie’ dari Asia Tenggara untuk menonjolkan idea kreatif mereka di pentas antarabangsa.

Malaysia turut mencuri tumpuan apabila 2 wakil tempatan berjaya mara ke peringkat akhir bersama 11 lagi peserta lain menerusi penyertaan Ghost Machine dengan “Zhen: Shattered Legacy” dan Kotakoren Games Studio Sdn. Bhd. untuk permainan mereka, “Of Blood & Descent“.

2 Pembangun ‘Game’ Malaysia Finalis gamescom asia x Thailand Game Show
Lakaran eksplorasi persekitaran dalam permainan Zhen: Shattered Legacy” Lakaran eksplorasi persekitaran dalam permainan Zhen: Shattered Legacy” oleh studio Ghost Machine.

Gamescom asia dan Thailand Game Show yang akan berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober telah menerima lebih 100 penyertaan daripada pembangun di seluruh dunia dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai USD 1,500 kepada 3 pemenang utamanya.

2 Pembangun ‘Game’ Malaysia Finalis gamescom asia x Thailand Game Show
Finalis Pitch gamescom asia x Thailand Game Show 2025 turut menampilkan peserta dari beberapa studio pembangun game negara lain seperti Sepanyol, Sweden, Thailand dan AS.

Tetapi, apa yang lebih penting adalah pertandingan yang ditaja oleh BACKND dan Epic Games Store ini dapat menghubungkan pembangun permainan dengan pelabur, penerbit dan media, serta memberi pendedahan kepada pasaran serantau.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • GIGABYTE Lancar Monitor 'Gaming' QD-OLED 500Hz Berharga RM2,999
  • Pelan Baharu Xbox Game Pass Diumumkan – Essential, Premium Dan Ultimate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY