Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perlis Lancar Aplikasi Mudahkan Pengguna Bayar Bil Air

Perlis Lancar Aplikasi Mudahkan Pengguna Bayar Bil Air

Diterbitkan Februari 6, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat Air Perlis (SAP) yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perkhidmatan bekalan air di seluruh Negeri Perlis telah aplikasi mudah alih Air PerlisĀ sebagai solusi digital untuk memudahkan urusan pengguna di negeri ini.

Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh menguruskan akaun air dengan lebih cepat dan selamat.

Antara fungsi utama termasuk semakan bil, pembayaran segera dengan resit digital, serta paparan baki akaun secara masa nyata.

Syarikat Air Perlis
Aplikasi Air Perlis telah dilancarkan kepada umum pada lewat tahun lalu dan baru menerima kemas kini pada 1 Februari 2026.
Syarikat Air Perlis 1

Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan ciri pemantauan penggunaan air harian dan bulanan lengkap dengan carta analitik, membolehkan pengguna lebih peka terhadap corak penggunaan mereka.

Aduan berkaitan perkhidmatan juga boleh dihantar terus melalui aplikasi, dengan status aduan dipantau secara langsung. Notifikasi pintar akan mengingatkan pengguna tentang tarikh akhir pembayaran, pengesahan transaksi, dan makluman servis.

Syarikat Air Perlis

Aplikasi ini menyokong dwibahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) serta antara muka yang direka untuk mesra pengguna sekali gus menjadi langkah penting dalam transformasi digital perkhidmatan air di Perlis.

Walau bagaimanapun, Aplikasi Air Perlis belum tersedia untuk pengguna iOS, hanya tersedia dimuat turut untuk telefon pintar Android sahaja buat masa ini.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar 5G Data/Kelajuan Tanpa Had Baharu
  • Pengguna Pas My50 Kini Boleh Jejak Penjimatan Melalui Aplikasi TNG eWallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY