Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penjejak Penjimatan Pas My50 Rapid KL_

Pengguna Pas My50 Kini Boleh Jejak Penjimatan Melalui Aplikasi TNG eWallet

Diterbitkan Februari 6, 2026 · Dikemas kini Februari 6, 2026 oleh Amalina Athman

Pengguna Pas My50 kini boleh mengetahui nilai penggunaan serta jumlah penjimatan sebenar tambang pengangkutan awam melalui Penjejak Penjimatan Pas My50 yang tersedia dalam aplikasi TNG eWallet.

Ciri ini ditawarkan kepada pengguna yang melanggan Pas My50 menerusi program mini Travel Pass, membolehkan perbandingan kos dibuat antara penggunaan pas bulanan dan bayaran tambang secara berasingan bagi setiap perjalanan.

Melalui Penjejak Penjimatan Pas My50, pengguna juga boleh melihat bilangan perjalanan semasa serta anggaran bilangan perjalanan yang diperlukan untuk mencapai titik pulang modal.

Penjejak Penjimatan Pas My50 Rapid KL
Foto: Rapid KL

Selain Penjejak Penjimatan, Prasarana turut mengumumkan pembelian Pas Rapid Kota dan Pas Rapid Kembara kini boleh dibuat secara digital menerusi fungsi Travel Pass dalam aplikasi TNG eWallet.

Pas digital berkenaan ditawarkan pada harga yang sama tanpa caj tambahan dan boleh diaktifkan terus ke kad Touch ‘n Go yang menyokong NFC melalui aplikasi TNG eWallet.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penjejak Penjimatan My50 serta pendigitalan pas Rapid Kota dan Rapid Kembara, layari laman Rapid KL atau TNG.

Berkaitan

  • Pas My50 Boleh Diperbaharui Guna TNG eWallet Mulai 1 Julai - Ini Caranya
  • Rapid KL Gabung Tiga Aplikasi Jadi Satu Platform Bermula November 2025
  • Rapid Penang Akan Peroleh 75 Bas Elektrik Bermula Tahun Ini - Loke
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY