Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Companion_

Perkongsian Status WhatsApp Kelak Boleh Dibuat Melalui Peranti Terpaut

Diterbitkan Disember 22, 2023 · Dikemas kini Disember 22, 2023 oleh Amalina Athman

Jun lalu, WhatsApp memperkenal mod companion untuk membolehkan pengguna mengakses akaun WhatsApp pada pelbagai peranti secara serentak – tanpa memerlukan sambungan internet pada peranti utama. Bagaimanapun, terdapat had tertentu bagi peranti yang dipautkan, termasuk tidak mempunyai keupayaan untuk memuat naik kemas kini status.

Terbaharu, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna kelak memuat naik status daripada peranti lain yang disambungkan pada akaun sama.

Berkaitan

  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • Cara Hantar Mesej Suara Di WhatsApp Sebagai 'View Once'
  • Satu Lagi Ciri Seperti Telegram Kini Tersedia Di WhatsApp

Melalui tangkap layar di bawah, ia memperlihat ciri perkongsian kemas kini status daripada peranti terpaut tersedia kepada beberapa penguji beta.

Perkongsian Status WhatsApp Kelak Boleh Dibuat Melalui Peranti Terpaut
Perkongsian Status WhatsApp Kelak Boleh Dibuat Melalui Peranti Terpaut

Dengan ciri ini, pengguna kelak boleh berkongsi imej, video, GIF, teks dan mesej suara melalui kemas kini status bukan sahaja daripada peranti utama, malah mana-mana peranti lain yang dipautkan.

Ketika ini, ia masih dalam tempoh pengujian untuk pengguna beta yang memasang kemas kini WhatsApp beta untuk Android dan dijangka akan tersedia tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY