Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Companion_

Cara Pautkan Akaun WhatsApp Ke Peranti Lain

Diterbitkan Jun 21, 2023 ยท Dikemas kini Jun 21, 2023 oleh Amalina Athman

Pada April, WhatsApp telah memperkenal ciri WhatsApp Companion, yang mana ia membolehkan 5 peranti berbeza menggunakan satu akaun WhatsApp dalam waktu yang sama.

Kini, ciri itu telah pun tersedia untuk peranti Android dan iOS.

Berkaitan

  • Rasmi, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Pautkan Satu Akaun Pada Empat Telefon
  • Perbualan Lebih Privasi, WhatsApp Lancar Ciri "Chat Lock"
  • Akhirnya, Pengguna Kini Boleh 'Edit' Mesej Di WhatsApp
  • WhatsApp Bolehkan Anda Guna Pada iPhone Dan Android Pada Masa Sama

Cara pautkan WhatsApp ke peranti lain

Bagi yang ingin memautkan peranti utama ke peranti lain, sama ada Android atau iPhone, ikut langkah di bawah.

1. Muat turun WhatsApp di peranti kedua. Buka aplikasi dan tekan pada “Agree & Continue”.

WhatsApp Companion_1

2. Untuk iPhone, tekan “link this device” yang tertera pada bahagian bawah. Manakala peranti Android, tekan pada tiga titik “More Option” > Link to existing Account. Anda akan melihat paparan kod QR.

3. Buka aplikasi WhatsApp di peranti utama.

  • Android: Tekan pada tiga titik “More Option” > Linked Devices > Link a Device.
  • iPhone: Pergi ke “Settings” WhatsApp > Linked Devices > Link a Device.

4. Lakukan pengesahan biometrik atau masukkan PIN, kemudian gunakan peranti utama dan imbas kod QR pada peranti kedua.

WhatsApp Companion_2

Peranti anda kini selesai dipautkan ke peranti lain. Sejarah sembang di kedua-dua peranti mempunyai penyulitan hujung ke hujung dan akan diselaraskan (sync) pada setiap masa.

Peranti kedua juga boleh mengakses WhatsApp tanpa memerlukan sambungan internet aktif pada peranti utama. Log keluar juga boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Had peranti dipautkan

Bagaimanapun, perlu diketahui, terdapat beberapa had bagi peranti yang dipautkan. Antaranya termasuk:

1. Peranti yang dipautkan tidak mempunyai keupayaan untuk menambah atau memadamkan status sendiri. Namun, masih boleh melihat senarai status daripada kenalan.

2. Tidak menyokong ciri live location.

3. Peranti yang dipautkan akan dilog keluar secara automatik jika peranti induk/utama tidak digunakan lebih 14 hari.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Tinggalkan komen jika ada penambahbaikan atau cadangan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY