Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Turut Batalkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

Perkhidmatan Unifi Lite Akan Ditamatkan Mulai 28 Februari, Ini Anda Perlu Tahu

Diterbitkan Januari 31, 2025 ยท Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh Amalina Athman

TM kini memaklumkan bahawa rangkaian berasaskan tembaga atau copper akan ditamatkan mulai 28 Februari 2025, sebagai sebahagian daripada langkah menaik taraf kepada sambungan internet fiber yang lebih pantas dan stabil.

Apa maknanya?

Sekiranya mempunyai akaun Unifi Lite/Streamyx yang masih aktif, pengguna perlu menaik taraf ke perkhidmatan Unifi Broadband sebelum 28 Februari 2025. Kegagalan berbuat demikian mungkin akan menyebabkan akaun Unifi Lite/Streamyx ditamatkan.

Naik taraf ke perkhidmatan berasaskan fiber akan dijalankan secara berperingkat, dan dijangka selesai pada Mac 2025.

Apa jadi selepas tarikh tersebut?

Selepas tarikh berkenaan, kerja-kerja pemulihan rangkaian tembaga tidak lagi akan dijalankan. Untuk memastikan sambungan internet tidak terganggu, pengguna diminta untuk menaik taraf ke Unifi Broadband.

Macam mana nak naik taraf?

Menurut TM, pengguna hanya perlu klik butang “Naik Taraf Sekarang” di bawah mesej WhatsApp yang diterima daripada Unifi Care (+60 3 2240 1125) untuk mendaftar. Selanjutnya, wakil TM akan menghubungi pengguna untuk proses naik taraf.

Berapa lama proses naik taraf?

Naik taraf ke Unifi Broadband (perkhidmatan berasaskan fiber) adalah bergantung kepada ketersediaan infrastruktur di kawasan pengguna.

  • Kawasan yang mempunyai infrastruktur fiber: Proses menaik taraf akan mengambil masa sehingga 14 hari bekerja.
  • Kawasan tiada infrastruktur fiber: Pengguna akan dimaklumkan mengenai tarikh jangkaan ketersediaan infrastruktur di kawasan tersebut – proses pembinaan infrastruktur akan mengambil masa di antara 30 ke 180 hari bekerja.

Bayaran bulanan berubah ke?

Kelajuan dan bil bulanan pengguna tidak akan berubah. Sebaliknya, pengguna akan menikmati sambungan internet lebih stabil melalui rangkaian fiber.

Sekiranya pengguna ingin menaik taraf kelajuan, layari unifi.com.my untuk melihat tawaran dan promosi terkini.

Berkaitan

  • Selepas 21 Tahun, Akhirnya TM Hentikan Tawaran Streamyx
  • Pelanggan Streamyx (unifi Lite) Akan Diubah Ke unifi Fibre Secara Berperingkat
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Unifi Paling Cemerlang Untuk Pengalaman Video Dan Kelajuan Muat Turun 5G Selaju 290.3Mbps - Opensignal

Sumber: TM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY