Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 21 Tahun, Akhirnya TM Hentikan Tawaran Streamyx

Selepas 21 Tahun, Akhirnya TM Hentikan Tawaran Streamyx

Diterbitkan Mac 11, 2022 oleh Anis Maisarah

Syarikat telekomunikasi negara, Telekom Malaysia Sdn Bhd telah mengesahkan bahawa perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, Streamyx sudah tidak ditawarkan kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, pelanggan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi Streamyx yang sedia ada masih dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Tetapi ia hanya boleh digunakan sekiranya tiada jalur lebar gentian atau fiber broadband di kawasan tempat tinggal mereka.

Perkara ini disahkan oleh Unifi Community admin bahawa Digital Subscriber Line (DSL) sudah tidak ditawarkan dalam laman web Unifi. Kini, tiada lagi teknologi sambungan internet berkelajuan tinggi melalui talian telefon konvensional.

Streamyx telah dilancarkan pada bulan April 2001 dengan tawaran kelajuan internet sebanyak 384kbps. Akhirnya selepas 21 tahun, kita tidak akan lagi dapat menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi Streamyx di Malaysia.

Sumber : The Star

Baca juga :

  • TM Merekodkan Peningkatan Pendapatan Hampir RM700 Juta Pada Tahun 2021
  • TM Sertai Konsortium Kabel Dasar Laut Baharu, SEA-ME-WE 6 Berkelajuan 100 Tbps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY