Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi 5g 2

Unifi Paling Cemerlang Untuk Pengalaman Video Dan Kelajuan Muat Turun 5G Selaju 290.3Mbps – Opensignal

Diterbitkan November 22, 2024 · Dikemas kini November 22, 2024 oleh ariff bukhari

Opensignal menobatkan Unifi sebagai penyedia perkhidmatan paling cemerlang bagi kategori Kelajuan Muat Turun 5G terpantas selepas merekodkan kelajuan 290.3Mbps.

Ia berbeza dengan laporan sebelum ini di mana terdapat seri tiga penjuru tetapi Unifi kini menjadi pemenang tunggal anugerah itu.

Bukan itu sahaja, Opensignal juga menobatkan Unifi memenangi Anugerah Pengalaman Video 5G dengan skor 77.7 pada skala 100 mata.

Ini lebih daripada dua mata lebih tinggi daripada penamat tempat kedua untuk Digi.

Unifi Paling Cemerlang Untuk Pengalaman Video Dan Kelajuan Muat Turun 5G Selaju 290.3Mbps – Opensignal
Unifi Paling Cemerlang Untuk Pengalaman Video Dan Kelajuan Muat Turun 5G Selaju 290.3Mbps – Opensignal

Opensignal dalam Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih bagi bulan November 2024 itu berkata, skor Yes dan Unifi kedua-duanya telah meningkat sebanyak dua mata daripada laporan sebelumnya, manakala skor U Mobile hanya meningkat sedikit.

Skor Celcom dan Digi pula masing-masing telah menurun sebanyak lima dan dua mata.

Begitu pun, Opensignal meletakkan semua pengendali dalam kategori Sangat Baik (68-78).

Ini bermakna pengguna secara purata, dapat menstrim video pada 1080p atau lebih baik dengan masa pemuatan yang memuaskan dengan sedikit sahaja isu.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Pengguna U Mobile 5G Nikmati Pengalaman Main Permainan Mudah Alih Terbaik Di Malaysia - Opensignal
  • Infinix Nombor 4 Di Malaysia Untuk Q3 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY