Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank april 2021

Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Sementara Ahad Ini Kerana Kerja-Kerja Penyenggaraan Sistem

Diterbitkan Jun 17, 2022 oleh ariff bukhari

Maybank memaklumkan bahawa pihak mereka akan menjalankan penyenggaraan sistem pada 19 Jun 2022, hari Ahad ini.

Perkhidmatan yang terlibat meliputi servis mesin pengeluaran wang (ATM) 24 jam yang dijadualkan akan tergendala dari jam 3.00 pagi sehingga 6.00 pagi.

Turut terlibat dalam penyenggaraan ini adalah perkhidmatan JomPay & Interbank GIRO (IBG) meliputi rangkaian Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri yang dijangka akan tergendala dari jam 6.00 pagi sehingga 7.00 pagi.

Sementara perkhidmatan Perbankan Mudah Alih yang akan terlibat dengan aktiviti penyenggaraan sistem ini meliputi Maybank2u, Maybank2u Biz, Aplikasi M2U MY, Aplikasi MAE, Aplikasi M2U Biz dan Aplikasi Maybank Trade dari jam 3.00 pagi sehingga 7.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, pihak Maybank menasihatkan para pelanggannya merancang traksaksi perbankan mereka bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sumber: maybank2u.com.my

Baca juga:

  • Ini Cara Dan Senarai Lokasi ATM Maybank Terpilih Untuk Tukar Duit Raya
  • TNG NFC Lancar, Ini Perbezaan Dengan TNG Lama
  • Akhirnya, Kad TNG NFC Mula Dijual Dan Berfungsi Sepenuhnya Secara Rasmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY