Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akhirnya, Kad TNG NFC Mula Dijual Dan Berfungsi Sepenuhnya Secara Rasmi

Akhirnya, Kad TNG NFC Mula Dijual Dan Berfungsi Sepenuhnya Secara Rasmi

Diterbitkan April 22, 2022 · Dikemas kini April 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kad Enhanced Touch ‘n Go dengan NFC hari ini secara rasminya sudah boleh digunakan pengguna.

Kemas kini aplikasi eWallet anda ke versi terbaru dan anda sedia menikmatinya.

Butang khas berlabel ‘TNG Card’ kini terus dipaparkan pada halaman utama TnG eWallet, tidak seperti sebelum ini yang tersorok dalam ‘Toll’.

touch n go tng nfc

Tekan sahaja sahaja ‘TNG Card’, senarai kad Touch ‘n Go anda yang lain turut tersenarai.

Untuk tambah kad NFC yang baru ini, tekan simbol tambah dan letakkannya di belakang telefon.

touch n go tng nfc

Untuk membeli kad NFC terbaru dan menyemak status pesanan, anda boleh tekan ‘Order Touch ‘n Go / Check status‘.

touch n go tng nfc

Anda perlu membayar sebanyak RM15 keseluruhannya, termasuk harga kad RM10 manakala RM5 untuk caj penghantaran.

Seperti biasa, RM10 tersebut hanya untuk kad dan tidak dimasukkan ke dalam kredit.

Selain membelinya melalui aplikasi, anda juga boleh dapat melalui kedai runcit, stesen minyak Petronas dan Shell terpilih.

Klik sini untuk senarai kedai yang menjualnya.

Kami telah pergi salah sebuah stesen Petronas yang tersenarai namun pihak stesen mengatakan mereka masih belum menerimanya lagi.

Baca juga:

  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC
  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store
  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch ‘n Go Pada MyKad Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY