Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ETS3 JB Sentral Padang Besar_KTMB

Perkhidmatan ETS Padang Besar – JB Sentral Bermula 1 Januari 2026, Jualan Tiket Dibuka 17 Disember

Diterbitkan Disember 16, 2025 · Dikemas kini Disember 17, 2025 oleh Amalina Athman

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah kekerapan perkhidmatan tren bagi sektor Selatan dan Pantai Timur bermula 1 Januari 2026.

Bagi sektor Selatan, sebanyak empat perkhidmatan ETS tambahan akan diperkenalkan untuk laluan KL Sentral – JB Sentral – KL Sentral. Dengan penambahan ini, jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS bagi laluan berkenaan meningkat kepada lapan perkhidmatan setiap hari.

KTMB ETS3_1

Selain itu, untuk laluan terus JB Sentral – Padang Besar, dua perkhidmatan sedia ada Padang Besar – Segamat – Padang Besar akan turut dilanjutkan sehingga ke JB Sentral. Perkhidmatan ini akan berhenti di stesen sedia ada, tetapi hanya dilanjutkan sehingga JB Sentral.

Menurut KTMB, penambahan ini sekali gus melengkapkan akses perjalanan terus dari Malaysia Utara ke Johor Bahru, serta menyokong objektif Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru dalam mewujudkan rangkaian rel berkesinambungan antara ekonomi wilayah Utara dan Selatan.

KTMB ETS3_4

Sementara itu, perkhidmatan Shuttle Timuran laluan Gemas – Kuala Lipis akan ditambah dua perkhidmatan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam perkhidmatan sehari, bermula 1 Januari 2026.

KTMB ETS3_3

Jualan tiket bagi perkhidmatan ini akan dibuka bermula 17 Disember 2025, jam 12.00 tengah hari, dan ditawarkan untuk tempoh enam bulan sehingga Mei 2026.

 

tambahan tren ETS padang besar jb sentral

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style di Apple App Store atau Google Play Store, laman rasmi KTMB atau di mesin kios KTMB.

Sebelum ini, perkhidmatan ETS3 yang menghubungkan laluan JB Sentral – KL Sentral telah memulakan operasi rasminya pada 12 Disember lalu.

Berkaitan

  • KTM Lancar KITS Style, Beli Tiket ETS, Tempah Hotel Dan Bayar Bil Dalam Satu Aplikasi
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • ETS ke JB Sentral Bermula 12 Disember, Diskaun 30% Untuk Laluan Selatan
  • KTMB Mobile Tidak Lagi Akan Ditawarkan Di Stor Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY