Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teraju AI Selangor

Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Bakal Lebih Maju Dengan AI

Diterbitkan Mac 25, 2025 ยท Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan Negeri Selangor, melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) dan Google Cloud mengumumkan pelancaran’ Teraju AI Selangor’, sebuah inisiatif untuk membantu agensi kerajaan negeri membangunkan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) khusus bagi meningkatkan perkhidmatan awam.

Dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor, Teraju AI Selangor bertujuan untuk memacu pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian digital dipacu AI merentasi pelbagai aspek pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Ia termasuklah memperkukuh perkhidmatan dalam bidang komunikasi rakyat, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, dan penyelenggaraan infrastruktur.

Selain itu, ia juga menyokong projek yang dapat merangsang sektor pelancongan dan pertanian di negeri ini.

Dengan kerjasama STDC dan Google Cloud, Teraju AI Selangor akan membekalkan agensi kerajaan dengan alat serta latihan yang diperlukan untuk memanfaatkan teknologi ini secara berkesan dan bertanggungjawab.

Ia juga akan melibatkan agensi utama seperti Media Selangor dan Air Selangor.

Teraju AI Selangor adalah sebahagian daripada siri inisiatif Google yang bertujuan memberi manfaat kepada komuniti di Selangor, termasuk pembinaan pusat data Google dan kawasan Google Cloud di Elmina Business Park serta projek pemulihan Tasik Taman Aman.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Risau Telefon Kena 'Malware'? Cepat Pasang Aplikasi Dari CyberSecurity Malaysia Ini
  • Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya Catat Rekod Pemasangan Panel Solar Terbesar Di Masjid

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
©2026 WISER.MY