Masjid Raja Haji Fi Sabilillah (MRHFS) Cyberjaya mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai masjid dengan pemasangan sistem solar terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia.
Pengiktirafan ini direkodkan dalam Malaysia Book of Records bagi kategori “Pemasangan Panel Solar Terbesar di Masjid”.
Bagi menjayakan inisiatif tenaga boleh diperbaharui ini, MRHFS dilengkapi dengan 862 panel solar yang dipasang pada bumbung seluas 2,227 meter persegi (sqm), dengan kapasiti 500 kWp.
Projek yang dikendalikan oleh Green Xperts ini dijangka mampu menjimatkan kos elektrik sehingga RM4.5 juta dalam tempoh 21 tahun, bersamaan kira-kira RM17,800 sebulan.
Dikenali sebagai Masjid Hijau pertama di Malaysia, MRHFS bukan sahaja menampilkan reka bentuk seni bina moden yang berkonsepkan kelestarian, malah mampu menampung sekitar 8,300 jemaah pada satu masa.
{suggest}
Sumber: Malaysia Book of Records