Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KSN Tan Sri Shamsul Azri

Perkhidmatan Awam Mula Laksana Urusan Tanpa Kertas

Diterbitkan Februari 9, 2026 · Dikemas kini Februari 9, 2026 oleh Amalina Athman

Perkhidmatan awam akan mula melaksanakan pendekatan tanpa kertas bagi urusan mudah bermula hari ini, 9 Februari 2026, sebagai langkah mempercepatkan pendigitalan dalam pentadbiran kerajaan.

 

Memetik laporan Bernama, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan surat arahan rasmi berhubung ketetapan itu akan dikeluarkan, dan Unit Transformasi Digital juga diwujudkan bermula tarikh sama.

“Kita mulakan dengan program pendigitalan dalam perkhidmatan awam bagi perkara-perkara yang mudah, tiada lagi kertas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan fokus kerajaan terhadap pelaksanaan projek pembangunan yang dapat memberi kesan segera kepada kesejahteraan rakyat.

Perkhidmatan Awam Mula Laksana Urusan Tanpa Kertas
Foto: Kementerian Dalam Negeri

Antara keutamaan termasuk kerja-kerja membaiki jalan, membaik pulih bangunan sekolah serta penyediaan kemudahan awam yang lebih selesa.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Sebanyak 1,433 Aplikasi Kerajaan Telah Dibangunkan - Kementerian Digital
  • Kerajaan Dijangka Umum Hala Tuju Sistem PADU Menjelang Mac
  • UTHM Hasilkan Kasut Kulit Dari Batang Pisang, Terima 'Standing Ovation' Penonton INNOVATHON

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY