Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kasut kulit pisang

UTHM Hasilkan Kasut Kulit Dari Batang Pisang, Terima ‘Standing Ovation’ Penonton INNOVATHON

Diterbitkan Februari 9, 2026 ยท Dikemas kini Februari 9, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh dalam Innovathon Musim 3 telah mencuri perhatian juri dan penonton menerusi inovasi mereka yang dikenali sebagai Kulit Lestari.

Malah persembahan pasukan UTHM itu telah menerima standing ovation pertama bagi musim ini, menandakan kejayaan besar usaha pasukan itu menggabungkan kreativiti, teknologi, dan kelestarian.

Berasaskan batang pisang dan nenas, kulit ini dihasilkan melalui teknologi mesin fiber extractor yang mengekstrak serat tumbuhan sebelum digabungkan dengan resin semula jadi.

Hasilnya ialah bahan kulit yang fleksibel, tahan lasak, kalis air, dan mempunyai tekstur unik.

kasut kulit pisang UTHM 1

Pasukan ini membuktikan keupayaan produk dengan demonstrasi kekuatan, di mana helaian kulit mampu menahan beban sehingga 10 kilogram.

Lebih menarik, kulit lestari ini telah digunakan untuk menghasilkan kasut, beg tangan, lanyard, dan pelbagai barangan fesyen lain.

kasut kulit pisang UTHM

Selain aspek praktikal, inovasi ini juga menekankan kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan pembaziran sisa tani serta membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti.

Inovasi ini bukan sahaja menawarkan alternatif baharu kepada kulit sintetik, malah membuka peluang kerjasama dengan pekebun tempatan melalui proses ekstraksi fiber yang lebih mampan.

Juri profesional yang kagum dengan potensi komersial dan keunikan produk, telah mengangkat Kulit Lestari sebagai inovasi terbaik minggu tersebut.

Kulit Lestari bukan sekadar produk fesyen, tetapi simbol masa depan industri hijau yang lebih mampan dan bernilai tinggi.

Berkaitan

  • Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Latihan Semikonduktor Percuma Kembali, Terima Elaun Sehingga RM10,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY