Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai AirAsia Unlimited Pass

Hujung bulan lalu, AirAsia menawarkan pas penerbangan tanpa had selama setahun berharga RM499 untuk ahli BIG AirAsia di seluruh Malaysia. Tawaran tersebut bermula 29 Februari sehingga 7 Mac 2020. Bagi anda yang masih belum mendapatkan pas ini, di bawah ini adalah beberapa perkara mengenai AirAsia Unlimited Pass yang anda perlu tahu.

Cara untuk mendapatkan AirAsia Unlimited Pass


AirAsia Unlimited Pass

Pembelian AirAsia Unlimited Pass boleh dilakukan dengan pergi ke Deals dan pilih AirAsia Unlimited Pass. Setelah pembayaran dibuat, kod unik akan diberikan dan anda boleh memasukkan kod tersebut di bahagian "Promo Code".

Destinasi yang ditawarkan


AirAisa Unlimited Pass membenarkan anda menebus penerbangan tanpa had dari Kuala Lumpur atau Bangkok ke destinasi di bawah ini sahaja:

Dari Kuala Lumpur (pergi balik): Melbourne, Gold Coast, Perth, Sydney, Changsha, Chongqing, Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai, Wuhan, Xi’an, Amritsar, New Delhi, Ahmedabad, Sapporo (Chin Chitose), Osaka, Fukuoka, Tokyo (Haneda), Tokyo (Narita), Jeju, Seoul, Busan, Taipei.

Dari Bangkok (pergi balik): Brisbane, Shanghai, Sapporo (Chin Chitose), Osaka, Tokyo (Narita), Nogoya, Fukuoka, Seoul.

Lain-lain (pergi balik): Taipei-Osaka, Taipei-Okinawa, Osaka-Honolulu.

Hanya penerbangan dengan tanda "100% OFF" sahaja yang boleh ditempah


Sudah tentu, anda tidak dapat menebus semua penerbangan dengan menggunakan pas ini. Hanya penerbangan dengan tanda "100% OFF" sahaja yang tersedia untuk tempahan bagi pemegang AirAsia Unlimited Pass.

Ini bermakna, pas ini tidak boleh ditebus jika tiada tanda "100% OFF". Pas ini juga tidak boleh ditebus pada waktu kemuncak pelancongan seperti hari pelepasan am, cuti sekolah dan sebagainya.



Selain itu, tempahan melalui AirAsia Unlimited Pass ini juga perlu dibuat sekurangnya 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan terbang tanpa had dari sekarang sehingga 2 Mac 2021.

Masih perlu bayar cukai


Dengan menggunakan pas ini, tidak bermakna anda tidak lagi perlu membayar apa-apa bayaran. Ini kerana, anda masih perlu membayar cukai kerajaan, cukai lapangan terbang, bayaran sektor penerbangan, penambahan bagasi dan makanan, atau caj lain-lain.

Di bawah ini adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk penerbangan yang tersedia.


Tidak boleh dikembalikan atau dipindahkan bayaran


Dengan membeli AirAsia Unlimited Pass, tiada bayaran balik boleh dilakukan. Pas ini juga akan ditarik balik jika anda telah mengesahkan penerbangan namun tidak muncul 3 kali berturut-turut bagi mengelakkan penyalahgunaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pas ini, layari laman web rasmi AirAsia.

Sumber: AirAsia