Untuk mendapatkan pas itu, pengguna perlu boleh mendapatkannya di laman airasia.com/deals ataupun dalam aplikasi mudah alih AirAsia. Ia walau bagaimanapun hanya boleh dibeli dalam 7 hari sahaja bermula 29 Februari sehingga 7 Mac 2020 nanti.
Untuk lokasi pula, AirAsia hanya menawarkan penerbangan tanpa had AirAsia X kod XJ dan D7 ke Australia, Jepun, Korea, China, dan India. Jika anda membeli pas ini, anda boleh melakukan penerbangan antara dari 2 Mac 2020 ini sehingga 2 Mac 2021 kelak.
Peringatan penerbangan perlu ditempah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat mengenai tawaran AirAsia ini, anda boleh layari laman rasmi mereka di pautan ini.
Secara keseluruhan, jika anda kerap bercuti ataupun pergi ke lokasi penerbangan, tawaran ini dilihat sangat berbaloi untuk dimiliki. Namun perlu diingatkan juga tentang wabak Covid-19 yang belum reda lagi lagi-lagi di negara berkenaan. Sebagai langkah pencegahan, adalah tidak digalakkan untuk terbang ke destinasi tersebut sehinggalah status wabak ini beransur pulih menjadi normal.
Sumber: AirAsia
Terma dan Syarat Penerbangan: AirAsia
Berkaitan
- Google Pixel 5 Dilancarkan - Hadir Dengan Cip Snapdragon 765G, Panel OLED 90Hz Dan Bateri 4,080mAh
- Samsung Lancar Galaxy M11 - Paparan 6.4" Infinity O, 5000mAh USB-C, Dan Tri-Kamera
- Nvidia Melancarkan Variasi SUPER Untuk GTX 1660 dan GTX 1650
- Gigabyte Malaysia Umum Barisan Kad Grafik RTX 3060 Ti Bermula RM1,969
- Ujian Prestasi Perlihatkan Galaxy Note 20 Dengan Snapdragon 865+ Lebih Pantas Berbanding Exynos 990
- Sah Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak Pembelian Samsung Galaxy S21
- Siri vivo X60 Kini Rasmi - Exynos 1080, Kamera Teknologi Zeiss, Gimbal Gen-2 Dan OriginOS Baharu
- Xiaomi Patenkan Rekaan Kad SIM Yang Juga Boleh Berfungsi Sebagai Ruangan Storan
- Galaxy Note 10 Lite Akan Gunakan Cip Flagship Exynos Tahun Lepas
- realme X3 SuperZoom Boleh Didapati Serendah RM1,399 Hari Ini Sahaja