Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb 5g

DNB Umum Ahli Lembaga Pengarah Baharu, Merangkumi Lima MNO

Diterbitkan April 25, 2024 ยท Dikemas kini April 25, 2024 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB) telah melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berkuat kuasa 24 April 2024.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • DNB Nafi Dakwaan Tidak Telus Jalankan Operasi Dalaman

Antaranya terdiri daripada CelcomDigi (Infranation Sdn Bhd) Datuk Kamal Khalid, Maxis Broadband Sdn Bhd Uthaya Kumar K Vivekananda, U Mobile Chang Yit Fei dan Tan Kok Leong, Telekom Malaysia Bhd Nik Azli Abu Zahar dan Mohamed Tajul Mohamed Sultan serta YTL Power International Bhd Datuk Seri Yeoh Seok Hong dan Datuk Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Menurut DNB, ahli lembaga pengarah baharu ini akan menyertai dua lagi ahli penyandang iaitu Datuk Johan Mahmood Merican dan Ma Sivanesan Marimuthu.

Lantikan ini merupakan lanjutan daripada perjanjian langganan saham yang ditandatangani di antara DNB, Kementerian Kewangan Diperbadankan dan lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO) pada 1 Disember 2023.

Dengan pelantikan lembaga pengarah baharu, DNB menjangkakan input dan panduan berharga dalam memacu kemajuan infrastruktur digital Malaysia serta penggunaan teknologi 5G yang merentas industri, perusahaan, sektor awam dan pengguna.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY