Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

Perisian Hasad Android Ini Menyamar Disebalik Nama Aplikasi Antivirus

Diterbitkan Mac 13, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Cyble Research Labs telah melaporkan penemuan perisian hasad lama tetapi dijenamakan semula kepada nama yang baru.

Sebelum ini perisian hasad itu dikesan dengan nama Aberebot. Tetapi kini ia menggunakan nama lain pula iaitu ‘Escobar’.

Masih mensasarkan data perbankan pengguna Android, tetapi kini ia dilengkapi dengan ciri-ciri lain yang menjadikannya lebih merbahaya berbanding versi dahaulu.

Menurut penyelidik, Escobar bukan sahaja mampu merakam audio dan mengambil foto tanpa disedari, tetapi juga berupaya memonitor notifikasi yang diterima pada peranti yang dijangkiti serta mencuri kod pengesahan ciri pengesahan pelbagai faktor (MFA) yang diaktifkan mangsanya.

Escobar dikesan menyamar disebalik nama aplikasi antivirus McAfee dengan menyerupai ikon dan nama aplikasi tersebut.

Perisian Hasad Android Ini Menyamar Disebalik Nama Aplikasi Antivirus
Kredit: Cyble Research Labs

Walaubagaimanapun penyelidik menyimpulkan, perisian hasad Escobar setakat ini hanya dikesan disebarkan melalui aplikasi-aplikasi yang ditawarkan selain dari Google Play Store.

Jadi, pengguna Android diminta supaya hanya memuat turun aplikasi dari sumber rasmi sahaja. Tidak dari pihak ketiga.

Esobar dikesan telah disebarkan di 18 buah negara dengan mensasarkan lebih daripada 140 institusi perbankan.

Sumber: Cyble Research Labs

Baca juga:

  • Samsung Mengaku Data Digodam Namun Tidak Melibatkan Data Peribadi Pengguna
  • Perisian Hasad Multiplatfom Terbaru Menyasarkan 3 Sistem Operasi Komputer
  • Selain Perang Peluru Antara Ukraine Dan Russia, Penggodam Juga Sedang Hangat Berperang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY