Itulah yang berlaku antara Ukraine dan Russia di mana perang antara penggodam yang memilih untuk menyebelahi antara 2 negara itu juga sedang sengit berlaku dalam talian di mana kedua-dua belah pihak sering menyerang antara satu sama lain.
Pasukan Respon Kecemasan Komputer Ukraine (CERT-UA), telah mengeluarkan amaran tentang cubaan penggodam upahan dari Belarus yang mensasarkan tentera mereka serta individu-individu tertentu menerusi e-mel.
Penggodam upahan itu dijejaki sebagai UNC1151 oleh CERT-UA.
Namun begitu, terdapat juga sekumpulan penggodam yang memberi sokongan ke atas Ukraine secara terang-terangan seperti kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Anonymous collective.
https://twitter.com/YourAnonOne/status/1496965766435926039
Kumpulan penggodam ini telah melakukan serang ke atas Russia dan mendakwa telah berjaya menyerang laman sesawang milik kerajaan Russia serta tenteranya.
https://twitter.com/YourAnonOne/status/1496976346995638272?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1496976346995638272%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fd-3768359914271088498.ampproject.net%2F2202142035002%2Fframe.html
Selain Anonymous, sebuah lagi kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Ghost Security atau singkatannya GhostSec turut menyatakan sokongan mereka terhadap Ukraine dengan melakukan serangan DDoS ke atas laman sesawang tentera Russia.
https://twitter.com/Cyberknow20/status/1497271361705693185
Seperti semuda sedia tahu, Tentera Ukraine sedang berperang dengan Tentera Russia.
Perang yang disifatkan sebagai berat sebelah di mana Russia yang mempunyai kekuatan tentera jauh lebih hebat daripada Ukraine itu amat dibimbangi dunia kerana dikhuatiri ia boleh mencetuskan perang yang lebih besar sehingga berlakunya perang dunia ke-3.
Sumber: The Hacker News, ABC News
Berkaitan
- Penggodam Curi 10 TB Data Western Digital, Tuntut Bayaran '8 Angka'
- Isu Penggodaman Yang Berlaku Pada iPhone Turut Sama Berlaku Pada Peranti Android Dan Windows
- FBI Dan CISA Beri Amaran, Penggodam Tajaan Russia Guna Cara Licik Mematikan Ciri MFA
- Firma Keselamatan Malwarebytes Diserang Grup Penggodam 'Dark Halo'
- Russia Saman 2 Juta Rubles Terhadap Twitch, Pinterest Dan Airbnb
- 10 Ikon Aplikasi Ini Paling Banyak Dimanipulasi Penggodam Untuk Perisian Hasad
- Penggodam Gagal Menggodam iPhone 11 Tapi Berjaya Menggodam Pelayar Chrome, Edge Dan Safari
- Pepijat Pelayar Internet Explorer Menyebabkan Penggodam Boleh Mengambil Alih Kawalan Sepenuhnya Komputer Dari Pengguna
- Sistem Rangkaian McDonald's Diserang Penggodam
- Penggodam Menjadikan Perisian Hasad Yang Dibangunkan Mereka Semakin Sukar Dikesan Penyelidik Keselamatan Komputer