Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Mengaku Data Digodam Namun Tidak Melibatkan Data Peribadi Pengguna

Samsung Mengaku Data Digodam Namun Tidak Melibatkan Data Peribadi Pengguna

Diterbitkan Mac 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa hari lalu, sekumpulan penggodam yang menggelar diri mereka Lapsus$ mengaku bertanggungjawab atas kecurian data dari pengkalan Samsung. Mereka mendedahkan sebahagian daripadanya melalui tangkap layar direktori C/C++ dan sekurang-kurang 190GB data telah dimiliki mereka.

Antara kandungan kod yang dicuri mendedahkan tentang operasi nyahkunci biometrik, kod rahsia daripada Qualcomm, kod pengaktifan pelayan Samsung, kod pengesahan akaun Samsung dan banyak lagi.

Lapsus$ extortion group teasing Samsung data leak
Bleeping Computer

Samsung semalam memaklumkan bahawa mereka telah mengalami isu pencerobohan keselamatan yang melibatkan data dalaman syarikat. Berdasarkan penelitian awal, ia melibatkan kod berkaitan pengendalian peranti Galaxy tetapi tidak melibatkan maklumat peribadi pelanggan dan pekerja.

Buat masa ini mereka menjangkakan untuk tidak terkesan dengan kejadian tersebut dan telah mengambil langkah diperlukan untuk mengelakkan perkara sama berulang.

Walau bagaimanapun, ia agak berisiko kepada pengguna dan Samsung sendiri memandangkan kod rahsia peranti telah dicuri dan kumpulan penggodam ini berkemungkinan mampu untuk mengeksploitasi perkara tersebut.

Jika anda pengguna Samsung, ada baiknya jika anda mula menukar kata laluan akaun Samsung dan sebagainya serta menghidupkan pengesahan dua faktor (two-factor authentication).

Sumber: Sammobile

Baca juga:

  • Telefon ‘Bajet’ Samsung Pun Dilaporkan Tidak Lagi Akan Disertakan Dengan Pengecas
  • Baru Keluar Dah Buat Hal, Siri Samsung Galaxy S22 Dibuang Daripada Senarai GeekBench
  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY