Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IntezerSysJoker_BlogCover02_1024x475_Version02-1270×475 (2)

Perisian Hasad Multiplatfom Terbaru Menyasarkan 3 Sistem Operasi Komputer

Diterbitkan Januari 12, 2022 · Dikemas kini Januari 13, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan komputer dari Intezer telah melaporkan penemuan perisian hasad multiplatfom terbaru yang tidak dikesan oleh platfom VirusTotal.

Penyelidik menamakan perisian hasad itu sebagai SysJoker.

SysJoker didapati menyerang 3 sistem operasi komputer utama iaitu Windows, Mac dan Linux.

Perisian hasad itu pertama kali dikesan ketika ia mula aktif menyerang pelayan Linux sebuah institusi pendidikan dalam bulan Disember 2021 lalu.

Tetapi penyelidik percaya bahawa SysJoker mula aktif menyerang mangsanya sejak separuh kedua tahun 2021 lagi.

Perisian hasad itu didapati menyamar dalam bentuk kemas kini sistem yang amat sukar dikesan kerana pembangunnya aktif memonitor rapat komputer yang dijangkitinya.

Penyelidik menerangkan, apabila perisian hasad itu berjaya menjangkiti sesebuah komputer, ia akan mula mencipta sendiri direktori C:\ProgramData\SystemData\ dan menyalin failnya bernama igfxCUIService.exe (igfxCUIService atau Intel Graphics Common User Interface Service) ke dalam direktori tersebut.

Seterusnya, ia akan mula mengumpukan informasi tentang komputer tersebut seperti mac address dan  IP address sebelum melaksanakan serangannya.

Menurut penyelidik, berdasarkan kepada keupayaan SysJoker, perisian hasad ini berkemungkinan akan menjalankan serangan Ransomware sebagai bentuk serangan seterusnya.

Sumber: Intezer, Threatpost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY