Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myborderpass (2)

Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh Amalina Athman

Pengembara warganegara Malaysia perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftar maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), setelah aplikasi itu dimuat turun, pengembara boleh menjana kod QR dan melakukan pengesahan wajah untuk pelepasan imigresen sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan.

Bermula Januari 2025, 40 lorong khas di KLIA akan menjalani fasa percubaan bagi pelaksanaan sistem pelepasan Imigresen menggunakan kod QR melalui Aplikasi MyBorderPass. Daripada 40 lorong tersebut, 20 lorong akan disediakan di KLIA Terminal 1 dan 20 lorong lagi di KLIA Terminal 2.

JIM_kod QR myBorderPass

Walaupun begitu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan bahawa selain penggunaan kod QR bagi pelepasan imigresen, warganegara Malaysia masih boleh menggunakan kemudahan kaunter manual atau sistem pagar automatik (autogate) di KLIA seperti biasa.

Sebagai tambahan, pasport juga wajib dibawa sebagai dokumen perjalanan utama.

Terdahulu, beliau berkata kerajaan melaksanakan pengggunaan kod QR bagi mempercepatkan proses pelepasan imigresen, dengan mengambil masa sekitar 5 hingga 7 saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan kaedah autogate konvensional.

Muat turun aplikasi MyBorderPass boleh dilakukan melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Sistem Imigresen Dengan Teknologi AI Dijangka Siap Pada 2028
  • Singapura Laksana Pelepasan Imigresen Guna Kod QR Untuk Penumpang Bas Mulai 16 Disember
  • Pelancaran Lorong Imbasan Kod QR Di KLIA: Proses Imigresen Lebih Pantas Tanpa Kompromi Keselamatan

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia (1, 2), Saifuddin Nasution

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY