Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_18082025

e-Hailing Rentas Sempadan, MOT Sedia Bincang Dengan Singapura

Diterbitkan Ogos 19, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 19, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) secara dasarnya bersedia berbincang dengan kerajaan Singapura mengenai pelaksanaan e-hailing rentas sempadan (cross border e-hailing) antara Johor dan republik itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara berkenaan pernah dibangkitkan kepada bekas Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat, namun negara itu belum bersedia untuk membincangkan cadangan tersebut ketika itu.

Beliau menekankan bahawa perkara ini tidak boleh dilaksanakan sebelah pihak sahaja dan memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Menyentuh mengenai Op Khas e-Hailing Kenderaan Asing pada 13 Ogos lalu, Loke berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menahan dan menyita empat kenderaan yang dipandu warga Singapura serta masih dalam siasatan JPJ.

Mengapa ada op khas ini, sebab di peringkat Singapura mereka juga menguatkuasakan (undang-undang) kenderaan persendirian dari Malaysia khususnya Johor Bahru yang masuk ke Singapura ditahan dan dikatakan bahawa mereka mengamalkan satu perkhidmatan secara tidak sah ataupun perkhidmatan e-hailing dan sebagainya.

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia mengambil pendekatan yang sama sebagai langkah timbal balik (reciprocal approach). Namun begitu, pihaknya menjangkakan penyelesaian jangka panjang yang lebih baik bagi memperkukuh ketersambungan rentas sempadan.

Sementara itu, bagi menangani isu kesesakan lalu lintas rentas sempadan antara Johor dan Singapura, Loke berkata kerajaan Persekutuan antaranya sedang menaik taraf rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan Stesen Sistem Transit Rapid (WTS) Link Bukit Chagar supaya aliran trafik lebih efisien.

Pada masa sama, beliau berkata MOT bersama kerajaan Johor telah mengumumkan inisiatif peluasan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) sebagai penyelesaian jangka sederhana.

Berkaitan

  • Mulai 1 Julai, Kenderaan Singapura Tiada VEP Akan Dikenakan Saman RM300
  • Bas, Kenderaan Berat Wajib Guna Peranti Kawalan Had Laju Mulai Tahun Depan - Loke
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY