PerantiSiswa: Agihan Dijangka Bulan Julai, Kelayakan Memohon Diperluas

Peranti tablet percuma melalui program PerantiSiswa untuk golongan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 dijangka diagihkan bermula bulan Julai.

Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekitar 100,000 permohonan secara dalam talian diterima selepas dibuka pada 15 April sehingga 15 Mei lalu untuk fasa pertama.

Menurutnya, kesemua permohonan sedang diteliti oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai pelaksana program tersebut.

Katanya lagi, disebabkan mereka sedang berdepan dengan masalah pengeluar tender dan ia baharu dibuka semula, pengagihan yang sepatutnya dijadualkan sebelum pertengahan Jun terpaksa ditangguhkan sehingga Julai.

Annuar juga berkata, K-KOMM akan memperluas kelayakan dan golongan yang layak menerima peranti kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) daripada golongan B40.

Pelajar di bawah institusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) turut dimasukkan dalam senarai pemohon yang layak jika berasal dari keluarga B40.

Sumber: Bernama

Baca juga: