Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tablet perantisiswa

Lebih 72,000 Pelajar B40 Telah Memohon Tablet PerantiSiswa

Diterbitkan April 27, 2022 · Dikemas kini April 27, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan pendaftaran permohonan pakej tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang dibuka pada 15 April lalu, Menteri K-KOMM, Annuar Musa, berkongsi statistik jumlah permohonan yang diterima di akaun Twitter-nya.

Setakat 22 April 2022, 7 hari selepas pendaftaran dibuka, K-KOMM telah menerima sejumlah 72,827 permohonan.

Baru seminggu permohonan PerantiSiswa dibuka sudah lebih 70,000 permohonan diterima.Permohonan akan segera diproses. Insyaallah pic.twitter.com/yb7wx0qEZe

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 23, 2022

Berdasarkan piktogram yang dikongsikan oleh Annuar Musa, sistem permohonan PerantiSiswa dibahagikan kepada 4 kategori – universiti awam, politeknik, kolej komuniti, dan IPTS.

Permohonan yang paling banyak diterima adalah dari pelajar kategori universiti awam sebanyak 43,075 diikuti IPTS (18,573), politeknik (9,581), dan kolej komuniti (1,598).

Menurut Annuar Musa, permohonan yang diterima akan segera diproses.

Terdahulu, pakej PerantiSiswa ialah usaha kerajaan untuk meminjamkan sebuah tablet kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi yang berasal dari keluarga B4o.

Jika anda memenuhi kelayakan dan belum memohon, anda boleh buat permohonan di pautan INI.

Sumber: Twitter Annuar Musa

Baca juga:

  • JPJ Dan PDRM Mula Bertindak Ke Atas E-Skuter Yang Digunakan Di Atas Jalan Raya
  • Balik Kampung Lebih Ceria, Ini ‘Playlists’ Lagu Raya Di Apple Music
  • KPM Gesa Guru Berhenti Buat ‘Live’ Sewaktu Bertugas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY