Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mirip Skim Pinjaman Buku Teks, Tablet PerantiSiswa Perlu Dipulang Semula

Posted on April 10, 2022

Terdahulu, menteri K-Komm menyatakan bahawa permohonan pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan dibuka pada 15 April depan.

Seperti diketahui, inisiatif tersebut adalah untuk memberikan sebuah tablet buat pelajar dalam golongan keluarga B40.

Pelajar yang layak, mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian dan tablet tersebut akan dihantar ke tempat pengajian.

Menurut menteri K-Komm, Tan Sri Annuar Musa, pemberian tablet ini akan berlangsung selama 2 fasa.

Fasa pertama bakal diberikan bermula minggu kedua bulan Jun di mana ia melibatkan 60% daripada jumlah penerima dan ia turut diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.

Fasa kedua pula, ia bermula 60 hari selepas fasa pertama dan fasa ini melibatkan kes permohonan rayuan.

Apa yang menarik tentang PerantiSiswa ini, ia mirip skim pinjaman buku teks sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Bermakna, tablet yang diberikan ini adalah hak milik kerajaan sepenuhnya di mana ia hanya dipinjamkan sahaja. Apabila pelajar sudah tamatkan pengajian, tablet ini perlu dipulangkan semula.

Walau apa pun, diharapkan tablet tersebut adalah yang berkualiti dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Sekiranya anda tidak pasti adakah anda layak atau tidak, boleh rujuk artikel kami terdahulu menerusi pautan INI.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • Tablet PerantiSiswa Diperlihat Menteri, Lengkap Tablet, Papan Kekunci Dan Stylus

  • Permohonan PerantiSiswa Dibuka April, Menteri Jamin Spesifikasi Minimum RAM 4GB

  • 5 Perkara Yang Harus Pupus Dalam Telefon Pintar Pada 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress