Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi flagship

Peranti Utama Redmi Dengan Snapdragon 855 Mungkin Dikenali Sebagai Redmi K20 Pro

Diterbitkan Mei 7, 2019 oleh Helmi Samsuri

Dipisahkan dari Xiaomi dan bergerak sebagai sub-jenama, Redmi sudah sedia menawan hati pembeli menerusi Redmi Note 7 serta Redmi Note 7 Pro (tidak masuk Malaysia).

Tidak terhenti kepada penawaran kelas pertengahan, Redmi juga bakal melancarkan peranti utama menggunapakai cip Snapdragon 855. Berdasarkan video acah yang dikongsikan tempoh hari, ia turut memperlihatkan rekaan kamera swafoto terangkat seperti kebanyakkan rekaan peranti yang ada dipasaran sekarang.

Beberapa ketika lalu, ada spekulasi menyatakan ia akan dipanggil sebagai Redmi X namun disangkal oleh CEO syarikat yang menyatakan “Not call Redmi X, there will be a better nama. Good Night”

Terbaru, berdasarkan imej yang menunjukkan lapisan pelindung peranti, peranti utama Redmi dijangka hadir dengan nama Redmi K20 Pro. Ia turut tertera dengan beberapa spesifikasi ringkas seperti Snapdragon 855, kamera belakang 48MP dan kamera hadapan 20MP.

Peranti Utama Redmi Dengan Snapdragon 855 Mungkin Dikenali Sebagai Redmi K20 Pro

Bahagian paparan pula menggunakan skrin AMOLED 6.39 inci serta mempunyai sokongan pengecasan pantas 27W. Siri ‘K’ mungkin siri peranti utama terbaru bagi Redmi tetapi masih awal lagi untuk mengesahkannya. Kita nantikan pengumuman rasmi dari Redmi pada masa depan.

Sumber: It HomeĀ 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY