Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi X

CEO Redmi Nafi Ura-Ura Peranti Flagship Mereka Dinamakan Sebagai Redmi X

Diterbitkan Mei 2, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebelum ini, telah dilaporkan mengenai sebaran poster yang dikatakan sebagai peranti kelas atasan Redmi dimana ia didakwa akan dipanggil sebagai Redmi X.

Poster Didakwa Sebagai Peranti Redmi X Mula Berlegar Di Internet

Ekoran daripada perkongsian poster tersebut, Lu Weibing tampil menyatakan itu bukanlah nama kepada model yang dinantikan ramai, “Not called Redmi X, there will be a better name.” ujar Weibing akaun Weibo beliau. Ini secara tidak langsung memberi gambaran poster tersebut berkemungkinan adalah rekaan semata-mata.

Screenshot 2019-05-02 at 2.40.06 PM

Redmi sebelum ini sudah beberapa kali mengacah kehadiran peranti berkelas atasan tetapi tidak mendedahkan secara terperinci spesifikasi yang bakal dibawa.

Selain model dilengkapi dengan Snapdragon 855, spekulasi  mengatakan sebuah lagi versi iaitu model dengan Snapdragon 730. Ia dikhabarkan akan membawakan tri-kamera belakang gabungan 48MP+8MP+13MP bersama-sama bateri 4000mAh.

Buat masa sekarang ia adalah khabar angin dan kita perlu menunggu pengumuman daripada syarikat pengeluar tersebut.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY