Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-30 at 11.11.26 AM

Peranti Kelas Perdana Redmi Didakwa Bakal Dilengkapi Kamera Swafoto Terangkat

Diterbitkan April 30, 2019 ยท Dikemas kini April 30, 2019 oleh Haikel Areff

Satu masa dahulu, siri Redmi terkenal dengan penawaran peranti pada kelas permulaan atau pada segmen mampu milik.

Namun, ia sedikit demi sedikit berubah selepas diperkenalkan sebagai jenama berasingan oleh Xiaomi beberapa bulan lalu.

Selepas Redmi Note 7 Pro menjadi pilihan ramai, mereka kini mula mengacahkan peranti kelas perdana mereka kepada peminat.

Peranti yang akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 855 itu didakwa akan didatangkan dengan sistem kamera swafoto terangkat.

Ia berdasarkan satu video acah yang dikirimkan pada laman Weibo baru-baru ini.

https://youtu.be/mdZP6nkX_wc

Dalam video tersebut, dapat diperhatikan beberapa model Redmi termasuk Redmi Note 7 dan Note 7 Pro seolah-olah bergabung menjadi satu peranti yang mempunyai kamera swafoto terangkat.

Walaupun tidak dinyatakan dengan tepat mengenai peranti itu, ramai pihak yang berpendapat bahawa ia adalah peranti kelas perdana bagi Redmi yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Akan tetapi, Xiaomi juga dilaporkan bakal memperkenalkan model dengan Snapdragon 730 pertama tidak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan peranti apakah yang dimaksudkan oleh Xiaomi dalam video tersebut.

 

Sumber: Xda-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY